Saturday, April 8, 2017

JANGAN PERCAYA

Perkenalan itu bermula sejak zaman sekolah..
Aku ingat lagi pertama kali bertemu dengannya.. haha.. suka ingin aku ceritakan..

Hari pertama mendaftar, waktu itu dia bertanyakan arah ingin ke kelasnya.. lain pula yang aku tunjuk.. dia menuju terus ke pintu perpustakaan..berubah aja air mukanya melihat aku ketawa terbahak-bahak..

Dia agak pintar (bijak dari aku) .. siapa sangka ada beberapa waktu yang tak disangka.. waktu pengenalan mentor mentee, kami berdua satu group.. tak sangka..

Kisah yang ingin aku ceritakan ini bukanlah hanya mengenai cinta.. tapi mengenai persahabatan lelaki dan wanita..

Kami banyak berkongsi mengenai subjek2 yang aku tak tahu (semuanya yang aku lemah sbb dia mentor). Sepattnya hanya bagi subjek biologi.. tapi kami study semua sebab study sekali dengan kawan2 yang lain..
Orang kata kawan rapat2 lama2 akan jatuh hati juga.. pada masa itu, kami akui ‘ya’ .. tapi siapa kita utk menentukan segalanya.. kita hanya merancang bukan..

Rasa itu kami simpan sampai lah suatu ketika di zaman matrikulasi.. zaman hectic jugak (wlupun aku selalu main2, tapi ni zaman yang paling aku suka sbb zaman ini adalah berkawan tanpa kepentingan dan elaun masuk tiap2 bulan..yeaahhaaa)

Waktu tu aku memang jarang hubungi dia.. dari selang seminggu, selang sebulan, dua bulan dan sampai berbulan-bulan.. suatu ketika, aku pernah ambil keputusan untuk putuskan rasa hati ini dengan berterus-terang kepadanya.. sebenarnya tiada sebab pun.. Cuma aku inginkan kata putus bahawa kami ini bebas tanpa sebarang ikatan dan hubungan,. Tapi seriously, aku tak bagitahu dia pun.. sbb waktu tu nak exam rasanya.. rasa macam mengganggu..

Tiba2 sampai la mesej dari dia,,mesej tu lebih kurang mcm cukup sampai sini,, rasa hati ni pun kita tak tahu akan sampai kemana.. masa depan masih jauh, dan banyak lagi benda yang kita akan lakukan.. banyak lagi orang yang kita akan ketemu..andai ada jodoh, pasti akan bertemu juga..labih kurang macam tu la..

Haha..member2 semua kata aku bodoh.. sebab x pernah terima orang lain dalam hidup..bukan aku tak terima laa… aku tak bersedia lagi.. dalam kata lain ‘takut’.. takut apa yang pernah dia katakan kat aku, jadi lagi.. gila kan!! Kalau dikira, dah dekat 8 tahun aku kenal dia..

Bila difikir balik, aku dah move on lama dh.. just tak jumpa lagi orang yang boleh terima aku seadanya.. tapi aku still stalk diaa.. tgk perkembangan.. bersyukur la sbb aku dah move on dan takde feel2 sgt dah.. aku rasa tu hanya suka sebagai sahabat.. yala, masa kita susah, bila dia ada dengan kita, sapa weyyh tak sayang kawan sendiri,,,

So ladies, cepat2 la move on.. banyak lagi benda nak buat… 

yang paling utama adalah nak DIVING (tengah kumpul duit)..


Hanya coretan..JANGAN PERCAYA CERITA INI

No comments:

Post a Comment