Thursday, May 9, 2019

MEMORI

Sepatutnya aku sudah menyedari dari awal lagi,
mugkin sudah terlambat barangkali,
seharusnya aku tahu yang kau takkan pernah menghargai sesiapa sahaja yang berada di sisi..
kau yang selalu berada di langit yang tinggi,
takkan pernah memandang ke bawah lagi..

aku rela pergi kalau itu yang dipinta,
kita takkan mungkin pernah mampu meneruskan lagi,
jika hanya aku bagai bertepuk sebelah tangan..
padahal dulu pernah berjanji setia,
mana mungkin aku lupa,
lupa pada kisah kita..

Namun,
biarkan ia berlalu,
aku mengerti,
antara kita perlu ada akhirnya,
kotak memori ini harus kita simpan selamanya..