Thursday, October 5, 2017

5th Oct 2017 / 5:02pm / Cheras

Hari ni kiranya sudah hampir 9 bulan kebun anggur aku tanam. Agaknya dah banyak kali berbuah dah. Kata mama ‘sabar’. Mesti ada nanti offer daripada mana2 syarikat. Setiap kali aku apply kerja, memang penuh dengan harapan. Bila ditolak, tipu la kalau aku kata aku tak kecewa. Berapa orang dah yang hampir berjanji yang aku akan dapat, tapi still tak ada hasil lagi.


Mama selalu kata, ada hikmah kakak still tak dapat offer. Mama dengan abah accident. Kereta total loss. Memang bergantung kat aku jugak la nak ulang alik hospital atau kemana-mana. Kucing-kucing sakit, kena bawa pergi hospital. Adik nak konvo bulan November ni lagi. Balik kampung kalau-kalau opah dengan tokwan nak kemana-mana atau pun tak sihat.


Kalau tak ada benda nak buat tu atau duduk saja-saja, bosannya tu memang tak payah cakap la. Hampir semua drama dan movie kat TV tu dah boleh khatam. Drama korea apa lagi yang belum tengok? Meh kasitahu. Hahaha..**berlagaknya



Kalau dah rezeki kita baru disitu dan hanya itu pada hari ini, bersyukurlah. Setakat ni Alhamdulillah, kereta still aku dapat bayar lagi setiap bulan pakai duit part time. Makan pakaian still lagi boleh ditanggung. Allah tu takkan menganiaya hambaNya. Seriously, walaupun kadang-kadang aku rasa duit macam dah nak habis, ada ja hikmahNya yang datang. Tup tup tiba-tiba ada orang nak pakai part timer. Rezeki..rezeki.. jangan ditolak bila datang. Asalkan halal, apa-apa pun boleh.