Perkenalan
itu bermula sejak zaman sekolah..
Aku ingat
lagi pertama kali bertemu dengannya.. haha.. suka ingin aku ceritakan..
Hari
pertama mendaftar, waktu itu dia bertanyakan arah ingin ke kelasnya.. lain pula
yang aku tunjuk.. dia menuju terus ke pintu perpustakaan..berubah aja air
mukanya melihat aku ketawa terbahak-bahak..
Dia agak
pintar (bijak dari aku) .. siapa sangka ada beberapa waktu yang tak disangka..
waktu pengenalan mentor mentee, kami berdua satu group.. tak sangka..
Kisah yang
ingin aku ceritakan ini bukanlah hanya mengenai cinta.. tapi mengenai
persahabatan lelaki dan wanita..
Kami
banyak berkongsi mengenai subjek2 yang aku tak tahu (semuanya yang aku lemah
sbb dia mentor). Sepattnya hanya bagi subjek biologi.. tapi kami study semua
sebab study sekali dengan kawan2 yang lain..
Orang kata
kawan rapat2 lama2 akan jatuh hati juga.. pada masa itu, kami akui ‘ya’ .. tapi
siapa kita utk menentukan segalanya.. kita hanya merancang bukan..
Rasa itu
kami simpan sampai lah suatu ketika di zaman matrikulasi.. zaman hectic jugak
(wlupun aku selalu main2, tapi ni zaman yang paling aku suka sbb zaman ini
adalah berkawan tanpa kepentingan dan elaun masuk tiap2 bulan..yeaahhaaa)
Waktu tu
aku memang jarang hubungi dia.. dari selang seminggu, selang sebulan, dua bulan
dan sampai berbulan-bulan.. suatu ketika, aku pernah ambil keputusan untuk
putuskan rasa hati ini dengan berterus-terang kepadanya.. sebenarnya tiada
sebab pun.. Cuma aku inginkan kata putus bahawa kami ini bebas tanpa sebarang
ikatan dan hubungan,. Tapi seriously, aku tak bagitahu dia pun.. sbb waktu tu
nak exam rasanya.. rasa macam mengganggu..
Tiba2
sampai la mesej dari dia,,mesej tu lebih kurang mcm cukup sampai sini,, rasa
hati ni pun kita tak tahu akan sampai kemana.. masa depan masih jauh, dan
banyak lagi benda yang kita akan lakukan.. banyak lagi orang yang kita akan
ketemu..andai ada jodoh, pasti akan bertemu juga..labih kurang macam tu la..
Haha..member2
semua kata aku bodoh.. sebab x pernah terima orang lain dalam hidup..bukan aku
tak terima laa… aku tak bersedia lagi.. dalam kata lain ‘takut’.. takut apa
yang pernah dia katakan kat aku, jadi lagi.. gila kan!! Kalau dikira, dah dekat
8 tahun aku kenal dia..
Bila difikir
balik, aku dah move on lama dh.. just tak jumpa lagi orang yang boleh terima
aku seadanya.. tapi aku still stalk diaa.. tgk perkembangan.. bersyukur la sbb
aku dah move on dan takde feel2 sgt dah.. aku rasa tu hanya suka sebagai
sahabat.. yala, masa kita susah, bila dia ada dengan kita, sapa weyyh tak sayang
kawan sendiri,,,
So
ladies, cepat2 la move on.. banyak lagi benda nak buat…
yang paling utama
adalah nak DIVING (tengah kumpul duit)..
Hanya coretan..JANGAN
PERCAYA CERITA INI