5th Oct 2017 /
5:02pm / Cheras
Hari
ni kiranya sudah hampir 9 bulan kebun anggur aku tanam. Agaknya dah banyak kali
berbuah dah. Kata mama ‘sabar’. Mesti ada nanti offer daripada mana2 syarikat.
Setiap kali aku apply kerja, memang penuh dengan harapan. Bila ditolak, tipu la
kalau aku kata aku tak kecewa. Berapa orang dah yang hampir berjanji yang aku
akan dapat, tapi still tak ada hasil lagi.
Mama
selalu kata, ada hikmah kakak still tak dapat offer. Mama dengan abah accident.
Kereta total loss. Memang bergantung kat aku jugak la nak ulang alik hospital
atau kemana-mana. Kucing-kucing sakit, kena bawa pergi hospital. Adik nak konvo
bulan November ni lagi. Balik kampung kalau-kalau opah dengan tokwan nak
kemana-mana atau pun tak sihat.
Kalau
tak ada benda nak buat tu atau duduk saja-saja, bosannya tu memang tak payah
cakap la. Hampir semua drama dan movie kat TV tu dah boleh khatam. Drama korea
apa lagi yang belum tengok? Meh kasitahu. Hahaha..**berlagaknya
Kalau
dah rezeki kita baru disitu dan hanya itu pada hari ini, bersyukurlah. Setakat
ni Alhamdulillah, kereta still aku dapat bayar lagi setiap bulan pakai duit
part time. Makan pakaian still lagi boleh ditanggung. Allah tu takkan
menganiaya hambaNya. Seriously, walaupun kadang-kadang aku rasa duit macam dah
nak habis, ada ja hikmahNya yang datang. Tup tup tiba-tiba ada orang nak pakai
part timer. Rezeki..rezeki.. jangan ditolak bila datang. Asalkan halal, apa-apa
pun boleh.